HARAPAN mahu siasat perbelanjaan zaman Mahiaddin


PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) menyatakan ikrar akan menyiasat bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Mahiaddin Md Yasin sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi HARAPAN negeri Melaka, Adly Zahari memaklumkan siasatan akan dilakukan ekoran dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik Covid-19, dua tahun lalu.

Menurut Adly, walaupun peruntukan besar itu didakwa digunakan kononnya untuk menyelamatkan rakyat dan negara daripada pandemik Covid-19, namun perbelanjaan sebesar itu perlu disiasat bagi mengelak ketirisan.

“Kita janji akan menjalankan siasatan terhadap perkara itu kerana walaupun Muhyiddin menyatakan wang berkenaan adalah untuk menghadapi Covid-19, kita akan lihat daripada semua aspek.

“Jika ada penyelewengan, kita akan ambil tindakan pendakwaan kerana ia adalah wang negara,” kata calon Parlimen Alor Gajah itu selepas berceramah di Kampung Ujong Padang.

Mahiaddin pada tahun lalu menyebut bahawa kerajaan telah membelanjakan sekitar RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan dan RM322 bilion untuk belanjawan, yang jika dijumlahkan melebihi RM600 Bilion.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut secara spesifik tahun dan untuk kegunaan apa wang sebanyak itu dibelanjakan.

Pembangkang serta pimpinan Umno ketika itu menyerang pimpinan tertinggi PN itu dan meminta butiran lanjut mengenai perbelanjaan berkenaan sama ada digunakan dengan cara yang betul atau wujud penyelewengan.

Mahiaddin sebelum ini berkata dia berani bersumpah bahawa semua perbelanjaan kerajaan ketika pandemik Covid-19 diurus mengikut dasar perolehan dan peraturan.

Anwar bagaimanapun menolak sumpah itu dengan menegaskan bahawa Mahiaddin perlu disiasat berkaitan aset yang dimilikinya.

Mesti pastikan wang negara tak disalah guna


Berucap di hadapan 500 orang di ceramah di Sungai Buloh semalam, Anwar berkata sumpah sahaja tidak mencukupi kerana ia melibatkan isu tadbir urus dan integriti.


"Hari ini dia kata dia sumpah dia tak ambil duit kerajaan, ini Muhyiddin, soal negara soal tata kelola negara, soal governance.

"Sumpah tak makan, kena siasat berapa harta kamu ada?

"Ini senang, semua sikit-sikit sumpah," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments