Mat Sabu yakin Amanah menang sekurang-kurangnya 11 kerusi



PRESIDEN Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyatakan keyakinan bahawa parti itu mampu memenangi sekurang-kurangnya  11 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Sabtu ini.

Dipetik laporan Bernama, Mohammad Sabu berkata keyakinan itu bertambah selepas sekumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) dan calon Perdana menterinya, DatuK Seri Anwar Ibrahim.

"Di Selangor kita akan menang semua (enam kerusi), saya yakin Amanah boleh menang banyak (keseluruhan), insya-Allah, lebih daripada 11 kerusi," katanya selepas program Jelajah HARAPAN Selangor di Taman Sri Muda, di Shah Alam malam tadi.
 
Pada Pilihan Raya Umum (PRU) parti itu meletakkan calon di 54 kerusi Parlimen di seluruh negara.

Mohamad berdepan persaingan lapan penjuru dalam usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja yang dimenanginya dengan majoriti besar 71,142.

Dalam Pilihan Raya kali ini, beliau ditentang calon Barisan Nasional, D. Kajendran, Mohamed Diah Baharun (Perikatan Nasional), Sarah Afiqah Zainol Arif (Parti Rakyat Malaysia), Fahmi Bazlan Muda (Pejuang) dan tiga calon Bebas, P. Raveetharan, S. Surendhar serta K. Kumar.

Yakin mampu menang semua kerusi di Selangor
Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli baru-baru ini menyatakan keyakinan bahawa HARAPAN mampu mencatat kemenangan besar di keempat-empat buah negeri kubu kuat mereka iaitu di Pulau Pinang; Selangor; Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Sementara peluang menawan kembali Perak juga ada memandangkan berlaku peningkatan sokongan mendadak khususnya dari pengundi Melayu susulan keputusan Anwar bertanding di negeri itu.

 

Post a Comment

0 Comments