PARTI DAP menegaskan bahawa parti itu menerima dan menghormati hakikat bahawa Malaysia perlu dipimpin oleh perdana menteri berbangsa Melayu.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam ucapannya Grand Finale Jelajah Mega HARAPAN di Keramat bagaimanapun berkata, pemimpin Melayu itu mestilah individu yang benar-benar layak dan jujur untuk memegang jawatan tertinggi tersebut.
“Kita dalam DAP menerima dan menghormati hakikat kepimpinan negara ini perdana menterinya mesti Melayu.
“Tetapi kita mahu Melayu yang berwibawa, kita mahu Melayu yang bersih, Melayu yang jujur dan Melayu yang ada intelektual macam Anwar Ibrahim.
“Cukuplah dengan politik perkauman. Kita gunakan PRU15 untuk memecahkan politik perkauman dan naikkan kerajaan HARAPAN di bawah Anwar,” katanya dipetik.
Sebelum ini veteran DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Anwar sebagai pemimpin Melayu paling layak memimpin Malaysia berbanding Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Mahiaddin Yassin dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Ini kerana Anwar satu-satunya pemimpin yang konsisten mendukung konsep Malaysia majmuk untuk semua masyarakat.
Anwar pemimpin terbaik terajui negara |
Menurutnya, kejayaan mana-mana kaum di negara ini adalah kejayaan Malaysia dan negara yang perlu dibangunkan dan dipulihkan bersama.an Cina, tetapi pemimpin Melayu yang rasuah dan bodoh," tegasnya.
0 Comments