PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) bercadang untuk memfailkan petisyen pilihan raya terhadap Pengerusi Perikatan Nasional Mahiaddin Md Yassin.
Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, petisyen berdasarkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 itu susulan satu video ucapan Muhyiddin yang tular di media sosial ketika tempoh berkempen yang mengaitkan pembangkang dengan agenda Yahudi dan memurtadkan umat Islam di negara ini yang bolah membawa ancaman kepada ketenteraman awam.
“Apa pun keputusan pilihan raya di Pagoh, KEADILAN akan memfailkan petisyen jika beliau menang kerana jelas berlaku pelanggaran Akta Pilihan Raya.
“Ini kerana kita mempunyai bukti video yang memaparkan Muhyiddin cuba mengancam ketenteraman orang Melayu dan bukan Melayu di negara ini.
“Walaupun akta itu pada tahun 1952 dan tiada disebut tular, namun kandungan video itu melanggar peruntukan Seksyen 4A akta berkenaan,” katanya pada sidang media semalam.
Terdahulu, satu klip video berdurasi 1 minit 44 saat tular di media sosial memaparkan Mahiaddin yang merupakan calon Parlimen Pagoh melontar dakwaan HARAPAN adalah parti yang bahaya dan tidak wajar diundi.
Dia mendakwa pernah terjumpa video mengenai sekumpulan orang Yahudi bercakap tentang Malaysia. Kumpulan berkenaan katanya berdoa supaya Malaysia jatuh ke tangan pembangkang yang menaja Yahudi dan Kristian.
Tuduhan Mahiaddin bahayakan perpaduan negara |
Sementara itu Rafizi memaklumkan bahawa, Ketua Angkatan Muda (AMK) Adam Adli akan membuat laporan polis supaya siasatan ke atas Presiden Bersatu itu.
0 Comments