MESKIPUN menerima tekanan daripada pihak atasan yang mengancam akan mengambil tindakan tatatertib sekiranya menyertai 'Hartal Doktor Kontrak' (HDK), kumpulan doktor kontrak tetap mengadakan protes secara serentak hari ini.
Dipetik laporan media, protes secara serentak itu di hospital-hospital kerajaan itu diadakan di seluruh negara bermula jam 11.00 hari ini.
Antara lokasi berkenaan termasuk Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Hospital Melaka dan beberapa hospotal kerajaan lain.
Dipetik laporan Malaysiakini, hampir 100 doktor kontrak menyertai protes itu di Hospital Sungai Buloh, kira-kira 50 orang di Hospital Kuala Lumpur dan sekitar 30 orang di Hospital Shah Alam.
Sementara itu di Hospital Putrajaya, doktor terkemuka, Dr Rafidah Abdullah dan hampir 40 pegawai perubatan dari jabatan Nefrologi menyertai protes itu.
Menurut pihak penganjur, doktor-doktor kontrak di hospital di negeri lain seperti Kedah, Kelantan, Perak, Perlis dan Negeri Sembilan juga mengadakan protes serupa.
Sebagai rekod, protes diadakan hari ini adalah bagi menuntut jaminan pekerjaan dan peluang kerjaya yang lebih baik.
HDK memaklumkan doktor kontrak juga tidak tertakluk untuk menerima faedah seperti yang diperolehi rakan sekerja mereka yang dilantik ke jawatan tetap, termasuk peluang memperkembangkan kerjaya dalam bidang pengkhususan.
Bagaimanapun portal sama melaporkan, protes yang dijadualkan di pusat kuarantin Covid-19 di Maeps, Serdang dibatalkan berikutan ancaman penahanan oleh pihak polis.
Seorang doktor kontrak di Hospital Shah Alam, yang mahu dikenali sebagai Doktor Omar dari jabatan pembedahan berkata, beliau telah berkhidmat sebagai doktor kontrak untuk tempoh 5 tahun.
Berkhidmat dalam beberapa krisis kesihatan termasuk melawan pendemik Covid-19, beliau merasakan tidak layak golongan itu diperlaku sedemikian rupa.
"Hampir difahamkan separuh dari doktor di Shah Alam adalah kontrak, kalau kami nak berhenti siapa nak jaga pesakit," soalnya.
Sebagai rekod, protes hari ini telah dirancang supaya tidak menjejaskan perkhidmatan rawatan pesakit.
Ketiadaan sementara doktor kontrak yang menyertai protes digantikan rakan-rakan setugas mereka yang lain.
Di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Baharu, 30 doktor menyertai perarakan mogok secara aman bermula jam 11.10 pagi.
Mereka kemudian disertai lebih ramai doktor kontrak sebelum berjalan sejauh kira-kira tiga kilometer (km) mengelilingi hospital berkenaan.
![]() |
Peranan penting doktor kontrak jangan dinafikan |
"Kami akan menyambung kembali tugasan selepas waktu rehat kami tamat nanti," katanya dipetik.
0 Comments