SPM: Kementerian siap sedia sekiranya berlaku banjir


KEMENTERIAN
Pendidikan (KPM) telah melaksana pelbagai persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku banjir ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang bermula hari ini hingga 15 Mac.


Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian sudah mengaktifkan bilik gerakan banjir dan semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) juga telah diarah bersiap siaga.

"Semua JPN telah bersedia khususnya melibatkan negeri yang memang sentiasa, dijangka ataupun biasa berlaku banjir, malah sekolah-sekolah kita juga bersedia menghadapinya sama ada sebagai pusat peperiksaan mahupun pusat pemindahan banjir.

"Kita (KPM) juga bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma untuk mempersiapkan kelengkapan menghadapi banjir, mudah-mudahan tidak (berlaku) banjir kerana kita mahu anak-anak menghadapi peperiksaan dalam keadaan paling selamat," katanya dipetik.
 
Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN ditemui media pada program sumbangan awal persekolahan di Nibong Tebal pada Sabtu.

Sementara itu, Fadhlina memaklumkan bahawa KPM mengambil perhatian kepada projek SKJT  Sungai Bakap yang terbengkalai sejak setahun.

KPM mahu keselamatan murid jadi keutamaan
Katanya, beliau sendiri akan melihat dan memastikan pembinaan sekolah berkenaan disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Sekolah yang terbengkalai itu telah berada dalam pengetahuan KPM dan Pejabat Pendidikan Daerah (Seberang Perai Selatan) sepenuhnya dan dalam perkara yang terkait rapat dengan pembinaan (sekolah) kalau ada isu ia memang akan menjadi perhatian kita (KPM)," katanya dipetik laporan Bernama.

Post a Comment

0 Comments