HARAPAN bentang cadangan Belanjawan 2022 kepada k'jaan

 


CADANGAN Belanjawan 2022 oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) telah dibentangkan gabungan itu kepada kerajaan pada pertemuan pertama mereka pada Selasa lalu.

Perkara itu dimaklumkan jawatakuasa ekonomi HARAPAN dalam satu kenyataan yang menjelaskan bahawa perbincangan itu merupakan antara syarat digariskan gabungan itu dalam perjanjian persefahaman (MOU) yang ditandatangani antara HARAPAN dengan kerajaan.

“Dalam mesyuarat itu, kami membincangkan tentang cadangan rangka kerja baru untuk dialog dan rundingan antara kerajaan dan HARAPAN bagi Belanjawan 2022 dan akta-kata lain berkaitan kewangan.
 
“Ia telah dipersetujui bahawa jawatankuasa utama akan bertemu dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pasukannya untuk tiga lagi pertemuan, sementara jawatankuasa kerja akan ditubuhkan bagi membincangkan perincian lebih halus berhubung pendekatan yang dicadangkan,” kata kenyataan tersebut.
 
Pasukan HARAPAN dianggotai seramai sembilan orang dan diketuai bekas menteri kewangan Lim Guan Eng.

Ahli-ahli lain terdiri daripada Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasutin Ismail, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh (KEADILAN), Ahli Parlimen Subang Wong Chen (KEADILAN), Pengarah Strategi Amanah; Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Hulu Langat, Hasanuddin Mohd Yunus (AMANAH), Adun Pandan Indah Izham Hashim (AMANAH); Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (DAP) dan Ahli parlimen Damansara Tony Pua (DAP).

Kerajaan diwakili Tengku Zafrul, timbalannya Mohd Shahar Abdullah dan pegawai-pegawai utama daripada Kementerian Kewangan.

Dalam perbincangan itu, HARAPAN memperincikan cadangan pakej fiskal bernilai RM45 bilion yang juga sebahagian daripada MOU dengan kerajaan. Ini termasuklah:

HARAPAN kemuka cadangan Belanjawan

  • RM4 bilion untuk sektor kesihatan awam (subsidi kit ujian kendiri Covid-19 dan melaksanakan satu rejim ‘cari, uji, jejak, asingkan, dan sokong’ (FTTIS) yang ketat.


  •     RM30 bilion geran untuk sektor ekonomi.

  •     RM6 bilion dalam insentif penggajian kerja.

  •     RM5 bilion bayaran kebajian untuk isi rumah.

  •     RM2 bilion pinjaman jangka pendek - sehingga RM50,000 untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

  •     Tambah baik sumbangan i-suri dan i-saraan.

  •     Peluasan skim insurans MySalam buat M40.

  •     Subsidi penjagaan kanak-kanak untuk yang hilang pekerjaan.

  •     Pelaburan, geran dan subsidi dalam ekonomi hijau dan digital.

  •     Membantu firma tempatan berjaya untuk tembusi peringkat rantau atau global.

  •     Menyediakan insentif lebih besar bagi menarik firma global.

  •     Lebih banyak pelaburan buat fasiliti penjagaan kesihatan Sabah dan Sarawak.

  •     Meningkatkan geran khas buat Malaysia Timur.

  •     Memastikan Malaysia Timur menerima sekurang-kurangnya 30 peratus daripada belanjawan pembangunan.

  •     Pematuhan alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

  •     Keperluan belanjawan yang bersifat peka-jantina.


“Kami berharap cadangan-cadangan ini akan diberikan pertimbangan penuh memandangkan ia sememangnya selari dengan rangka kerja ‘pemulihan, daya tahan dan pembaharuan’ cadangan menteri dalam Belanjawan 2022," tambah mereka lagi.



Post a Comment

0 Comments