SEORANG peguam perlembagaan menegaskan bahawa hanya Parlimen, bukannya Kabinet boleh memutuskan untuk membatalkan pengisytiharan darurat.
Bastian Pius Vendargon dipetik laporan FMT berkata, badan eksekutif pimpinan Mahiaddin Md Yassin seharusnya mempunyai akauntabiliti dan tanggungjawab kepada Parlimen seperti diperuntukkan mengikut Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Pembatalan pengisytiharan darurat dan ordinan lain jelas bertentangan dengan semangat dan niat Perlembagaan serta peranan badan legislatif,” katanya menurut laporan itu.
Vendargon mengulas pengumuman mengejut ramai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan di Dewan Rakyat semalam bahawa pengisytiharan darurat dan ordinan berkaitannya telah pun dibatalkan.
Pengumuman Setiausaha Agung PAS itu semalam dipersoal. Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil menegaskan bahawa pembatalan itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya secara spontan kerana tidak memenuhi keperluan yang dinyatakan dalam Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan.
“Polisi keputusan seperti ini harus dibentangkan secara hormat daripada Ahli Parlimen supaya ada perakuan, setuju atau menyambut baik dan ini tak berlaku.
"Tak boleh kata umpamanya 'hari ini kita isytiharkan darurat'. Pada sesi (kemudian) kata 'kita dah batalkan minggu lalu'," tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu.
Manakala Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu pula menyifatkan tindakan kerajaan menarik balik Ordinan Darurat yang didakwa dibuat secara 'senyap-senyap' adalah kerana mereka khuatir berdepan kekalahan ketika pengundian di Dewan Rakyat.
Presiden Parti Amanah itu berkata, kerajaan sewajarnya mengemukakan usul dan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat sekiranya ingin membatalkan atau menarik balik pelaksanaan darurat.
"Hari ini, (Ordinan Darurat) ditarik senyap-senyap, sebab kalau diundi saya yakin, kerajaan akan kalah," katanya.
Sementara itu, Vendargon turut mempertikaikan sama ada badan eksekutif sebenarnya telah mengabaikan Jawatankuasa Darurat dalam menasihatkan Agong.
“Jadi Kabinet melanggar keputusan terdahulu untuk mewujudkan jawatankuasa di bawah kepemimpinan bekas ketua hakim negara Arifin Zakaria dalam memutuskan sebarang tindakan pembatalan,” katanya.
Vendargon turut mempertikaikan kenapa rakyat tidak dimaklumkan bahawa pengisytiharan darurat dan ordinan berkaitan telah dibatalkan, sebaliknya hanya dimaklumkan mengenainya hari ini.
Katanya, semua dokumen mesti dibentangkan di Parlimen untuk didebat seterusnya undian dibuat.

![]() |
Mengapa rakyat tidak dimaklumkan? |

0 Comments