Mahiaddin lewat bertindak atas saranan 46 pakar, kata Dzulkefly


MAHIADDIN Md Yassin didakwa lewat untuk mengambil tindakan terhadap 10 cadangan kritikal yang telah disuarakan 46 pakar kesihatan terkemuka berhubung langkah mengatasi kadar jangkitan Covid-19.

Bekas Menteri Kesihatan , Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang dipetik laporan Malaysia dateline berkata, kesemua cadangan itu telah dikemukakan pada 7 Januari lalu ketika negara mencatatkan sejumlah 3,000 kes positif Covid-19.

“Hari ini Menteri (Kewangan) tolong beritahu (Ahli Parlimen) Pagoh sudah tujuh bulan lewat, sebab itu kita saksikan sejuta kes dan lebih 7,000 kematian.

“Beritahu YB Pagoh,” tegasnya.

Dzulkefly yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata begitu ketika Menteri Kewangan, yang juga Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz membuat penggulungan mengenai Pelan pemulihan Negara (PPN) di Dewan Rakyat semalam.

Sementara itu, dalam ciapan di laman twitternya kemudian, Dzulkefly  menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) diterajui Mahiaddin tidak mempedulikan gesaan kesemua 46 pakar perubatan terbabit supaya kerajaan mengambil tindakan serius sebelum negara memasuki ‘unit rawatan rapi’ Covid-19.

“Kini langkah-langkah itu ada dalam PPN. Tujuh bulan terlalu lewat. Jumlah kes satu juta! Kematian hampir 8,000!

#KerajaanPembunuh?” ciapnya kemudian di Twitter.

Difahamkan pada  7 Januari lalu, seramai 46 pakar kesihatan terkemuka negara dalam sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri antara lain menggesa supaya kadar ujian saringan ditingkatkan menggunakan ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK).

Berbanding kit PCR, jelas mereka, RTK mampu menghasilkan keputusan dalam tempoh kurang 24 jam.

Selain itu, mereka juga menyarankan supaya individu positif Covid-19 yang tidak mengalami gejala dikuarantinkan di rumah dan menuntut agar proses meluluskan vaksin Covid-19 dipercepatkan di samping maklumat berhubung vaksin disampaikan kepada rakyat.

Mahiaddin lewat bertindak 7 bulan, kata Dzul
Antara pakar yang menandatangani surat itu termasuk Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman, bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Christopher Lee, bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan dan Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman, Profesor Perubatan Universiti Malaya.

Mereka ketika itu turut mengesa supaya satu jawatankuasa Covid-19 yang merentasi sektor dan memperkasakan pakar-pakar subjek tertentu harus dibentuk dengan segera untuk menyampaikan nasihat berasaskan bukti bagi menangani pendemik berkenaan.

Post a Comment

0 Comments