Lapan bulan darurat, apa manfaatnya untuk rakyat ?


KERAJAAN
dipersoalkan mengapa pembatalan ordinan darurat kerajaan tidak diumumkan kepada rakyat sepertimana pengumuman mengenai tahap kesihatan perdana menteri sebelum ini

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menuntut penjelasan mengenai perkara itu dengan menegaskan ia sangat penting namun kerajaan dilihat bertindak seperti “main-main”.

"Memandang ada perkembangan terbaru saya rasa ada keperluan yang amat penting untuk kerajaan terutamanya perdana menteri sendiri memberi satu penjelasan yang jujur terhadap isu ordinan darurat yang dikatakan telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.

"Sebab perkara ini dilakukan macam 'main-main'. Kalaulah pengumuman perdana menteri masuk hospital kerana cirit-birit pun boleh diumumkan melalui kenyataan media.

“Takkan benda sepenting ini, batalkan ordinan daurat tidak boleh diumumkan kepada rakyat? Soal Sim di Dewan Rakyat semalam.

Takiyuddin Hassan yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) mengejutkan Dewan Rakyat dengan mengumumkan ordinan darurat yang diumumkan tahun ini telah dibatalkan pada 21 Julai.

Ahli Parlimen dari blok pembangkang tertanya-tanya mengapa tiada pengumuman mengenainya dibuat sebelum ini.

Mereka bersikap tegas kerana perkara itu tidak diumumkan atau diundi di Dewan Rakyat sesuai dengan Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mempersoalkan sejak darurat masih berlaku hingga 1 Ogos, siapa yang memiliki kuasa untuk membatalkan peraturan tersebut.

Beliau turut menuntut agar perdana menteri membentangkan RUU di Dewan Rakyat yang secara jelas menggariskan kesan pemansuhan ordinan darurat.

"Adakah orang masih perlu membayar kompaun yang dikeluarkan? Rakyat di luar sana mahu tahu," kata Gobind.

Tiada pengumuman berbanding ketika PM 'cirit'
Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu berpendapat dakwaan selama ini yang mengatakan bahawa darurat hanya menyelamatkan kedudukan Mahiaddin Md Yassin sebagai Perdana Menteri kini terbukti benar.

Presiden AMANAH itu berkata, jika sebelum darurat, negara merekodkan 600 kes positif Covid-19, namun selepas darurat dikuatkuasakan, angka melonjak sehingga 17,000 sehari.

Ini katanya membawa maksud, darurat yang dilaksanakan selama hampir lapan bulan ini tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Post a Comment

0 Comments