AHLI PARLIMEN Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata kompaun dikeluarkan selepas pihak polis mengesan satu gambar dimuat naik seorang pengguna Twitter menunjukkan bekas pengerusi Prasarana itu tidak memakai pelitup muka.
"Hasil siasatan mendapati Tajuddin telah menghadiri sidang mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 26 Julai.
"Pada hari sama, jam lebih kurang 2.30 petang, dia didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar Parlimen
"Atas pelanggaran SOP tersebut, maka satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadapnya," katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Tajuddin yang merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 juga atas kesalahan sama.
Dia didapati memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media selepas melawat lokasi dua tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC pada 25 Mei lalu.
Sementara itu, rata-rata warganet di media sosial mengecam sikap Tajuddin yang gagal mematuhi SOP pemakaian pelitup muka di tempat awam.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata kompaun dikeluarkan selepas pihak polis mengesan satu gambar dimuat naik seorang pengguna Twitter menunjukkan bekas pengerusi Prasarana itu tidak memakai pelitup muka.
"Hasil siasatan mendapati Tajuddin telah menghadiri sidang mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 26 Julai.
"Pada hari sama, jam lebih kurang 2.30 petang, dia didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar Parlimen
"Atas pelanggaran SOP tersebut, maka satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadapnya," katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, Tajuddin yang merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 juga atas kesalahan sama.
![]() |
Tindak tanduk Tajuddin dikritik ramai |

0 Comments