KONGRES Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap tiada tindakan perundangan atau tatatertib dikenakan terhadap pegawai perubatan kontrak yang mengambil bahagian dalam mogok Hartal Doktor Kontrak yang dianjurkan di seluruh negara semalam.
Presidennya Adnan Mat ketika membuat tuntutan itu berkata, demonstrasi diadakan itu difahamkan tidak menjejaskan operasi perkhidmatan kesihatan di fasiliti kesihatan kerana ia hanya melibatkan mereka yang sedang rehat dan bercuti.
“Berilah mereka peluang yang sewajarnya memandangkan perkhidmatan mereka ketika ini amat diperlukan oleh negara yang sedang menghadapi pandemik Covid-19,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, polis dilapor akan menyiasat protes doktor kontrak yang diadakan di Hospital Kuala Lumpur hari ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata tiada siapa dibenarkan berhimpun tanpa kebenaran ketua pengarah kesihatan.
Arahan itu melibatkan perhimpunan keagamaan, sosial, sukan, perkahwinan dan kebudayaan, tambahnya.
Sementara itu CUEPACS juga menurut Adnan menghormati suara yang dibawa oleh kumpulan pegawai perubatan kontrak ini yang disifatkan hanya mahu permasalahan mereka didengari dan diselesaikan oleh kerajaan.
“Dalam masa sama CUEPACS berharap kerajaan dapat menyelesaikan segera permasalahan dihadapi oleh pegawai perubatan kontrak ini berhubung penempatan mereka khususnya dari aspek keseluruhan sistem dan struktur bidang kesihatan negara.
“Berikan satu ‘time frame’ yang jelas terhadap usaha akan dilakukan oleh kerajaan melalui pihak KKM. Kerajaan juga perlu melihat semula penempatan doktor yang bukan pada skop dan fungsi asalnya.
![]() |
Kerajaan perlu ada satu 'time frame' selesai isu |
Semalam doktor kontrak mengadakan hartal secara serentak di hospital kerajaan seluruh negara, ia bagi menuntut jaminan pekerjaan dan peluang kerjaya yang lebih baik buat mereka.
0 Comments