SEORANG warga emas maut setelah kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki terbabas di KM4 Jalan Sungai Koyan-Raub dekat Kuala Lipis semalam.
Dalam
kejadian jam 3.38 petang itu, Salmah Sharif,64, sedang perjalanan
pulang ke rumahnya di Felda Sungai Koyan 3 dari Raub dengan menaiki
kereta jenis Toyota Vios yang dipandu jirannya.
Ketua Polis
Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata apabila sampai di
tempat kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu
jalan di sebelah kiri.
![]() |
Keadaan kereta dinaiki mangsa | Sumber -PDRM |
"Situasi itu menyebabkan kereta terbabit melanggar pokok kelapa sawit menyebabkan kedua-dua wanita tersebut tersepit.
"Mangsa
(Salmah) meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan
Sungai Koyan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Difahamkan, pemandu dikenali sebagai Habsah Mahbot, 57, patah tulang paha dan tangan kiri
Sementara
itu, pihak polis sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan
dan kenderaan terbabit dihantar ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan.
"Siasatan
lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1)
Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya Azli Mohd Noor.
0 Comments