Anwar gesa kerajaan telus dalam usaha tangani Covid-19


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan bersikap telus dalam menangani pendemik Covid-19.

Tegas Anwar melalui satu kenyataan, tiada sesiapa boleh terkecuali daripada standard operasi piawai (SOP) ditetapkan dan peraturan hendaklah dikuat kuasa dengan tegas tanpa selektif.

“Saya juga mendesak kerajaan untuk memberikan maklumat dalam menangani gelombang terbaru wabak ini bagi mengelak sebarang spekulasi dan khabar angin.

“Adalah mustahak bagi politisi dari kedua-dua pihak dalam mengutamakan maslahat rakyat tatkala kemelut. Kualiti kepimpinan mesti ditonjolkan,” katanya.

Kebelakangan ini, pentadbiran Muhyiddin Yassin dikecam kerana dilihat lemah menguatkuasa undang-undang susulan peningkatan kes baharu berkaitan Covid-19.

Beberapa ahli politik, termasuk menteri agama Dr Zulkifli Mohamad disahkan dijangkiti Covid-19. Malah Muhyiddin sendiri sedang menjalani kuarantin di rumah.

Anwar gesa kerajaan agar telus


Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkan kes Covid-19 membabitkan Dr Zulkifli telah menunjukkan kerajaan tersilap dalam pendekatan terhadap mereka yang pulang dari Sabah.


Tegasnya, keputusan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob untuk tidak mewajibkan saringan dan kuarantin bagi mereka yang pulang dari Sabah sebelum 27 Sept adalah “salah” kerana Zulkifli dilaporkan kembali ke Semenanjung sebelum pilihan raya negeri.

“Kes Zulkifli bukti paling kukuh keputusan Ismail Sabri Yaakob untuk tidak mewajibkan saringan dan kuarantin bagi yang pulang dari Sabah sebelum 27 September adalah keputusan yang tidak berasaskan bukti, sains perubatan, dan tidak betul.

"Ia adalah keputusan yang salah,” katanya di Facebook.

Fahmi turut menegaskan bahawa keputusan kerajaan membenarkan mereka yang pulang dari Sabah menanggalkan gelang merah jambu selepas ujian saringan pertama didapati negatif juga sebagai tindakan yang “salah”.

Post a Comment

0 Comments