ANGKA kematian akibat letupan di pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu kini meningkat kepada 135 orang.
Agensi berita Xinhua dipetik laporannya berkata, Menteri Kesihatan Hamad Hassan mengumumkan angka terbaru itu selain memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 5,000 yang lain cedera.
Kerajaan negara itu turut mengisytiharkan darurat di wilayah itu selama 2 minggu, kabinet pula memutuskan untuk menahan pegawai pelabuhan untuk disoal siasat.
Terdahulu pada Selasa, dunia dikejutkan dengan 2 letupan besar yang dipercayai berpunca dari stor penyimpanan ammonium nitrat di pelabuhan itu pada kira-kira jam 6.10 petang waktu tempatan .
Letupan itu menggegarkan seluruh negara dan menyebabkan penduduknya panik kerana menyangka berlaku gempa bumi.Gegaran boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer (km) dari lokasi kejadian.
Beberapa bangunan di sekitar kawasan kejadian termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut musnah dan mengalami kerosakan teruk.
Gabenor Beirut, Marwan Abboud, berkata letupan itu menyebabkan hampir 300,000 orang kehilangan tempat tinggal dan anggaran kerosakan akibat letupan itu pula sekitar AS$20 bilion (RM84 bilion).
Siasatan terhadap bencana itu masih berjalan dan Majlis Pertahanan Tertinggi Lubnan berjanji akan mendedahkan beberapa hasil siasatan dalam masa 5 hari.

0 Comments