BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan dibawa ke Mahkamah pagi ini bagi menghadapi tiga pertuduhan.
Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui kenyataan media malam tadi sambil berkata telah mendapat izin daripada peguam negara Tan Sri Idrus Harun bagi mendakwa Lim.
Difahamkan, akan didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di Jalan Duta mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Tidak jelas pertuduhan yang bakal dikenakan di Mahkamah Khas, namun dipercayai berkaitan projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
Pada 10 dan 11 Ogos pula bekas Lim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
"Kedua-dua pertuduhan itu adalah bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang," kata SPRM.
Terdahulu bekas Menteri Kewangan itu hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya malam tadi untuk memberi keterangan. Lim bagaimanapun Lim mengkritik tindakan itu.
"Tidak ada sebab mengapa SPRM harus menghubungi saya pada waktu ini. Mereka boleh mengatur waktu lain dan saya bersedia menemui mereka," katanya dipetik.
Untuk rekod pada Sept 2018 Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Lim daripada dua pertuduhan rasuah.
Namun pada Rabu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan ketika menjawab soalan menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) memberitahu Dewan Rakyat, SPRM bebas untuk membuka semula siasatan isu berkenaan jika menerima bukti baru.
0 Comments