MALAYSIA sekali lagi mencatatkan kes positif Covid-19 dua angka apabila kes baru dikesan hari ini melonjak kepada 21 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kes lagi merupakan penularan tempatan, manakala 15 lagi ialah kes import melibatkan kesemuanya warganegara Malaysia.
Daripada enam kes tempatan itu, tiga daripadanya ialah Kluster PUI Sivagangga di Kedah.
"Sementara tiga kes lagi melibatkan dua kes di Sabah iaitu masing-masing kes saringan prapembedahan di Hospital Queen Elizabeth dan satu saringan praprosedur di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah serta satu kes saringan prapembedahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru," menurutnya dalam kenyataan berhubung perkembangan Covid-19 di sini hari ini.
Mengulas mengenai 15 kes positif import pula, Dr Noor Hisham berkata, warganegara terlibat adalah mereka yang pulang ke Malaysia dari Yemen (12 kes), Papua New Guinea (satu kes), Ivory Coast (satu kes) dan United Kingdom (satu kes).
"Mereka telah diasingkan di pusat kuarantin selepas ketibaan di pintu masuk KLIA, justeru tidak membawa risiko jangkitan kepada masyarakat setempat," katanya.
Susulan perkembangan terkini itu, Malaysia mencatatkan kes positif sebanyak 9,023.
Dalam kenyataannya, Dr Noor Hisham turut melaporkan kes aktif dengan kebolehjangkitan direkodkan setakat hari ini ialah seramai 196 orang.
Terdapat dua kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.
Hari ini juga, terdapat 18 kes pulih, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 8,702 atau 96.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kematian kekal 125 kes.

0 Comments