KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan 16 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 6,742 orang sehingga kini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah jangkitan itu merupakan angka terendah sejak dua bulan lalu.
“Ini merupakan kes harian terendah yang pernah dicatatkan sejak kebelakangan ini.
"Daripada 16 kes baru yang dilaporkan hari ini, terdapat tiga kes import dan 13 kes penularan tempatan," katanya.
Kali terakhir Malaysia merekodkan kes serendah itu adalah sebelum penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP). Bilangan kes terendah seterusnya adalah pada 12 Mac lalu dengan sembilan kes.
Beliau turut memaklumkan seramai 110 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah pada hari ini, menjadikan jumlah kes pulih kepada 5,223 kes, iaitu 77.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Ketika ini tambahnya, seramai 1,410 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 16 di unit rawatan rapi dengan 3 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kekal 109 orang atau bersamaan bersamaan 1.62% dari keseluruhan kes.
0 Comments