KERAJAAN
Negeri Sabah mengalu-alukan 12 inisiatif dalam Belanjawan Malaysia
Madani yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan berkata, belanjawan itu membuktikan komitmen Kerajaan peringkat persekutuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara sekali gus mengambil perhatian kebajikan rakyat secara menyeluruh.
"Kita mengalu-alukan peruntukan RM6.5 bilion kepada Sabah yang mana terdapat 3.1 peratus lebih banyak berbanding jumlah yang diperuntukan pada Belanjawan asal 2023 yang dibentangkan oleh kerajaan sebelum ini," katanya selepas mengikuti pembentangan belanjawan itu.
Beliau turut menyatakan rasa gembira dengan komitmen diberikan Anwar untuk segera menyiapkan projek lebuhraya Pan Borneo yang merentasi negeri itu.
"Kita juga mengalu-alukan komitmen kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan lebih 1,000 kilometer projek Pan Borneo Sabah-Sabah Sarawak Road Link dengan memperuntukan RM20 bilion," katanya.
Anwar dalam pembentangan belanjawan semalam turut mengumumkan peruntukan lebih RM2.5 bilion bagi melaksanakan projek-projek melibatkan prasarana awam yang kebanyakannya untuk manfaat Sabah dan Sarawak melibatkan projek jalan dan lampu jalan serta bekalan air dan elektrik.
Selain
itu memperuntukan RM1 bilion untuk Sabah dan Sarawak yang melibatkan
pembinaan kemudahan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan
Keselamatan (CIQS) di bandar sempadan Kalabakan.
"Saya berbesar hati mengambil maklum penekanan kerajaan Persekutuan terhadap peningkatan keselamatan dengan tambahan 42 pos keselamatan di sempadan termasuk di kawasan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta lain-lain," kata Hajiji dalam kenyataan itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan berkata, belanjawan itu membuktikan komitmen Kerajaan peringkat persekutuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan negara sekali gus mengambil perhatian kebajikan rakyat secara menyeluruh.
"Kita mengalu-alukan peruntukan RM6.5 bilion kepada Sabah yang mana terdapat 3.1 peratus lebih banyak berbanding jumlah yang diperuntukan pada Belanjawan asal 2023 yang dibentangkan oleh kerajaan sebelum ini," katanya selepas mengikuti pembentangan belanjawan itu.
Beliau turut menyatakan rasa gembira dengan komitmen diberikan Anwar untuk segera menyiapkan projek lebuhraya Pan Borneo yang merentasi negeri itu.
"Kita juga mengalu-alukan komitmen kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan lebih 1,000 kilometer projek Pan Borneo Sabah-Sabah Sarawak Road Link dengan memperuntukan RM20 bilion," katanya.
Anwar dalam pembentangan belanjawan semalam turut mengumumkan peruntukan lebih RM2.5 bilion bagi melaksanakan projek-projek melibatkan prasarana awam yang kebanyakannya untuk manfaat Sabah dan Sarawak melibatkan projek jalan dan lampu jalan serta bekalan air dan elektrik.
![]() |
K'jaan Sabah sambut baik Belanjawan 2023 |

0 Comments