BELANJAWAN 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menyaksikan Kementerian Pendidikan terus menerima peruntukan tertinggi.
Berbanding RM52.6 bilion yang diperuntukan tahun lalu, Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan itu memperuntukkan RM55.2 bilion untuk kementerian itu tahun ini.
Daripada jumlah itu menurut Anwar, sejumlah RM2.3 bilion adalan untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah buat anak-anak.
“Ini meliputi naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah yang daif khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas.
“Peruntukan turut melibatkan kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah seperti pembaikan tandas, pendawaian dan saliran sekolah serta menggantikan perabot dan peralatan asrama dan kelas yang telah uzur,” kata Anwar.
Selain naik taraf sekolah daif, Anwar juga mengumumkan tujuh sekolah baharu akan dibina dengan kos sebanyak RM560 juta.
Sekolah itu termasuk SK Paya Dusun di Terengganu, SMK Denai Alam di Selangor, SMK Nabalu di Sabah dan SMK Dudong di Sarawak.
Selain itu, tambahnya kerajaan menyediakan RM777 juta bagi menampung kos menyediakan makanan berkhasiat kepada murid-murid, kadar makanan bermasak bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) supaya dapat memanfaatkan 700,000 murid.
Selain daripada RMT yang dipertingkat daripada RM625 juta itu, kerajaan mempertingkat peruntukan untuk Program Makanan Prasekolah Kementerian Pendidikan (KPM).
“Ia ditingkatkan daripada RM89 juta kepada RM108 juta bagi memberi manfaat kepada lebih 240,000 murid prasekolah KPM. Pemantauan juga akan dibuat kepada penyedia makanan untuk pastikan makanan disediakan adalah berkualiti dan berkhasiat,” katanya pada pembentangan itu.
Berbanding RM52.6 bilion yang diperuntukan tahun lalu, Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan itu memperuntukkan RM55.2 bilion untuk kementerian itu tahun ini.
Daripada jumlah itu menurut Anwar, sejumlah RM2.3 bilion adalan untuk memastikan infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di semua sekolah buat anak-anak.
“Ini meliputi naik taraf bangunan serta infrastruktur di 380 buah sekolah yang daif khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas.
“Peruntukan turut melibatkan kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah seperti pembaikan tandas, pendawaian dan saliran sekolah serta menggantikan perabot dan peralatan asrama dan kelas yang telah uzur,” kata Anwar.
Selain naik taraf sekolah daif, Anwar juga mengumumkan tujuh sekolah baharu akan dibina dengan kos sebanyak RM560 juta.
Sekolah itu termasuk SK Paya Dusun di Terengganu, SMK Denai Alam di Selangor, SMK Nabalu di Sabah dan SMK Dudong di Sarawak.
Selain itu, tambahnya kerajaan menyediakan RM777 juta bagi menampung kos menyediakan makanan berkhasiat kepada murid-murid, kadar makanan bermasak bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) supaya dapat memanfaatkan 700,000 murid.
![]() | |
KPM diberi peruntukan sebanyak RM55.2 bilion |