Warganet persoal tempoh kuarantin Azmin Ali


TINDAKAN
Menteri Kanan kerajaan Perikatan Nasional, Mohamed Azmin Ali berkunjung ke ibu pejabat polis (IPD) daerah Putrajaya semalam, mencetuskan reaksi tidak senang dikalangan warga maya.


Mereka mempersoalkan status kuarantin Azmin yang baru pulang dari luar negara kurang seminggu lalu.

Walaupun Menteri Kesihatan Adham Baba pada 8 Feb lalu mengeluarkan arahan membenarkan menteri yang melakukan perjalanan rasmi ke luar negara untuk hanya menjalani kuarantin selama tiga hari,  sebuah portal melaporkan arahan kuarantin telah diperketatkan.

Malaysiadateline dalam laporan yang dipetik berkata, ekoran gelombang jangkitan Covid-19 dengan ancaman penularan Variant of Concern (VOC) SARS-CoV-2 dalam komuniti, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan pengembara yang pulang dari UAE wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di stesen kuarantin yang sudah diwartakan.

Arahan itu menjadikan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) itu sepatutnya menjalani kuarantin wajib bermula 4 Mei sejurus tiba di Malaysia sehingga 17 Mei ini.

“Bila balik dari oversea (luar negara)? Berapa lama dah dikuarantin? Apa benda ni?” soal pengguna Twitter @diradibecks.

Seorang lagi pengguna @radhie_mrad berkata: “Aku berkorban kuarantin 14 hari patuhi arahan kerajaan. Tapi orang kerajaan sendiri tidak amanah? Apa nasiblah jenis double standard (berat sebelah) macam ni” katanya dipetik laporan malaysiakini. 

“Dah sampai Malaysia sama tarikh dengan saya, 4 Mei 2021 tetapi kenapa saya masih dalam kuarantin wajib 14 hari tapi Datuk (Azmin) dah boleh keluar ke sana ke sini?” kata pengguna Twitter, malayakitchenauh dipetik satu laporan portal lain.

Rakyat tak senang dengan tindakan Azmin
Azmin sebelum itu dilapor ke Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu bagi mengetuai 'misi perdagangan dan pelaburan' dari 26 April hingga 4 Mei. Dalam misi lawatan itu, dia turut sempat mengambil peluang mengerjakan umrah. 

Laporan: Wanita tuduh Hilman 'rancang' insiden rogol

Kerajaan baru-baru ini dilapor telah mengetatkan syarat kuarantin untuk rakya.

Ia antaranya melalui penguatkuasaan semula tempoh kuarantin 14 hari untuk perjalanan dari Singapura yang sebelum ini dikurangkan kepada tujuh hari.

Walau bagaimanapun, sehingga hari ini, kerajaan belum menunjukkan rancangan untuk mengetatkan sekatan kuarantin terhadap menteri, meskipun langkah sedemikian sudah dikenakan ke atas rakyat biasa.
 

Post a Comment

0 Comments