Fahmi dakwa berlaku pelaksanaan SOP berat sebelah


PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) mengkritik serbuan Kementerian Kesihatan dan polis mesyuarat Majlis presiden Pakatan Harapan (PH) di sebuah hotel pada Rabu.

Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil, yang menyifatkan serbuan itu telah dilakukan secara salah berkata, pihak berkenaan menyerbu mesyuarat itu sambil mengambil gambar para peserta mesyuarat.

Serbuan itu hanya berhenti selepas tiga ahli majlis, yang kebetulan menganggotai Jawatankuasa Pengurusan Pandemik Covid-19 kerajaan pusat, menjelaskan peraturan kerajaan membenarkan parti politik mengadakan mesyuarat.

"Persoalannya ialah: Mengapa sesetengah pihak dikenakan sekatan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat berbanding yang lain?" soal Fahmi dalam sidang media di Parlimen semalam.

Dalam sidang medianya juga, Fahmi juga mendakwa cabang KEADILAN Paya Rumput dikunjungi tiga kali oleh polis dalam satu hari atas dakwaan melanggar SOP.

Dia mendakwa setiap kali kunjungan dibuat, dokumen aktivis parti itu diperiksa.

“Persoalan lain bagi pihak berkuasa ialah sama ada mereka cuba membendung virus atau demokrasi,” tambah Fahmi.

Kempen untuk pilihan raya negeri (PRN) Melaka dikawal ketat dengan larangan lawatan rumah ke rumah, perhimpunan dan hubungan fizikal dengan pengundi.

Fahmi berkata peraturan itu terlalu ketat dan perlu dikaji semula, memetik peraturan yang menghalang penyebaran risalah secara langsung.

Fahmi mahu SOP dikaji semula


“Bila kita sebar risalah, kita kena letak risalah dalam peti surat. Kalau tuan punya rumah nak tanya khabar, kita tak boleh bersalam atau serahkan (risalah) kepada mereka?


"Budaya Melayu menetapkan bahawa kita perlu saling bertegur antara satu sama lain. Sekarang kita tidak boleh menyerahkan risalah pun kepada mereka.

"Apa masalahnya? Kenapa peraturan begitu ketat? Ia tidak masuk akal," tambahnya dipetik laporan Malaysiakini.
 

Post a Comment

0 Comments