BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng percaya rakyat Melaka akan lebih cenderung memenangkan gabungan itu susulan pengumuman Adly Zahari sebagai calon Ketua Negeri.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung DAP itu berkata, pihaknya dan HARAPAN yakin Adly diterima ramai kerana beliau sememangnya dikenali sebagai bekas ketua menteri yang mesra rakyat selain mempunyai latar belakang bersih.
“HARAPAN menawarkan alternatif yang tulen berbanding dengan pentadbiran PN (Perikatan Nasional) atau BN (Barisan Nasional) yang gagal dalam menguruskan pandemik COVID-19 yang menyebabkan rekod jangkitan dan kematian tertinggi serta gagal mengatasi kemelesetan ekonomi.
“Kedua-dua PN dan BN tidak mempunyai kredibiliti dan rekod prestasi dalam menyatupadukan rakyat, bersikap inklusif dan mendahulukan rakyat daripada kroni,” katanya.
Pengumuman Adly sebagai calon Ketua Menteri Melaka jelasnya lagi selaras dengan cita-cita dan prinsip mereka yang dekat dengan aspirasi rakyat kebanyakkan sekaligus membantu Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk kembali ke landasan yang betul dengan agenda reformasi mereka
Pada Rabu, Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Maju bersama HARAPAN di Melaka mengumumkan Adly akan sekali lagi dilantik Ketua Menteri sekiranya rakyat memulangkan semula mandat pentadbiran kepada HARAPAN.
Adly disenangi ramai penduduk melaka |
Namun, beliau terpaksa melepaskan jawatannya kepada Sulaiman Md Ali daripada UMNO-BN, selepas gagal mendapat sokongan yang mencukupi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Mac 2020 ekoran perubahan kerajaan dan politik negara yang turut menyaksikan gabungan itu tumbang di peringkat nasional.
0 Comments