PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kerajaan membuka ruang kepada semua calon Ketua Menteri dalam pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berdebat secara terbuka.
Katanya, debat itu mampu melonjakkan imej Malaysia sebagai negara demokrasi contoh apatah lagi kerajaan turut menyatakan hasrat memberikan ruang berkempen secara sekata kepada calon pilihan raya itu.
“Lantaran itu, saya mencadangkan agar satu debat terbuka dianjurkan antara calon-calon Ketua Menteri dari HARAPAN, BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional) yang bertanding di Melaka.
“Saya yakin cadangan ini adalah wahana terbaik dalam melonjak nama Malaysia sebagai contoh negara demokrasi yang sihat dan matang,” kata Anwar.
Beliau sebelumnya mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata dia sedia menimbangkan cadangan untuk memberi ruang kepada calon PRN Melaka berkempen melalui stesen televisyen dan radio kerajaan.
Untuk rekod PRN Melaka dijalankan dengan prosedur operasi standard yang ketat bagi mengekang penularan Covid-19.
PH dan BN sudah menamakan calon masing-masing untuk jawatan ketua menteri jika mereka berjaya mendapat sokongan mencukupi bagi membentuk kerajaan.
HARAPAN dan BN telah menamakan calon ketua menteri masing-masing jika mereka menang.
Bekas ketua menteri Adly Zahary dicalonkan kembali ke jawatan itu sekiranya HARAPAN diberi mandat semula untuk mentadbir Melaka manakala BN menamakan Sulaiman Md Ali.
Sementara itu, Ahli Parlimen BN yang melompat ke Bersatu, Mas Ermiyati Samsudin disebut-sebut akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya PN menang.
Cadangan Anwar turut disokong Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berpandangan debat adalah penting bagi membolehkan pengundi membuat pilihan dengan maklumat yang tepat.
"Ini akan membolehkan pengundi membuat keputusan sendiri mengenai siapa yang paling layak, cekap, dan berwibawa serta mempunyai integriti politik untuk menjalankan agenda reformasi dan menubuhkan kerajaan yang baik,” katanya dipetik.
Katanya, debat itu mampu melonjakkan imej Malaysia sebagai negara demokrasi contoh apatah lagi kerajaan turut menyatakan hasrat memberikan ruang berkempen secara sekata kepada calon pilihan raya itu.
“Lantaran itu, saya mencadangkan agar satu debat terbuka dianjurkan antara calon-calon Ketua Menteri dari HARAPAN, BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional) yang bertanding di Melaka.
“Saya yakin cadangan ini adalah wahana terbaik dalam melonjak nama Malaysia sebagai contoh negara demokrasi yang sihat dan matang,” kata Anwar.
Beliau sebelumnya mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa berkata dia sedia menimbangkan cadangan untuk memberi ruang kepada calon PRN Melaka berkempen melalui stesen televisyen dan radio kerajaan.
Untuk rekod PRN Melaka dijalankan dengan prosedur operasi standard yang ketat bagi mengekang penularan Covid-19.
PH dan BN sudah menamakan calon masing-masing untuk jawatan ketua menteri jika mereka berjaya mendapat sokongan mencukupi bagi membentuk kerajaan.
HARAPAN dan BN telah menamakan calon ketua menteri masing-masing jika mereka menang.
Bekas ketua menteri Adly Zahary dicalonkan kembali ke jawatan itu sekiranya HARAPAN diberi mandat semula untuk mentadbir Melaka manakala BN menamakan Sulaiman Md Ali.
Sementara itu, Ahli Parlimen BN yang melompat ke Bersatu, Mas Ermiyati Samsudin disebut-sebut akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya PN menang.
Pentas terbaik untuk rakyat menilai |

0 Comments