K'jaan dikritik kerana benar rakyat guna simpanan KWSP

 

SIMPANAN dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepatutnya menjadi pilihan terakhir yang digunakan bagi membantu rakyat, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Nurul Izzah Anwar ketika perbahasan Bajet 2022 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan sebaliknya perlu menyediakan dana lain bagi membantu rakyat kerana KWSP adalah hak dan simpanan milik rakyat.

“Sejumlah 70 peratus daripada keluarga B40 serta 50 peratus daripada M40 yang mengeluarkan simpanan sebanyak RM5,000 ke bawah, dan (mereka) menyatakan pengeluaran itu hanya cukup untuk membantu selama tiga bulan sahaja.

“Jumlah pengeluaran ini sama dengan 20 peratus daripada kesemua stimulus kerajaan yang terkini,” katanya seperti dilapor Bernama.

KWSP ditubuhkan melalui Ordinan KWSP 1951 bertujuan sebagai dana simpanan persaraan yang menyediakan jaminan asas kewangan persaraan.

Susulan pendemik Covid-19 yang menyaksikan ramai kehilangan kerja dan pendapatan kerajaan dikepalai Mahiaddin Md Yassin membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan
 
Langkah itu walau bagaimanapun dikritik Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Setiausaha MTUC, J. Solomon berkata, ia akan mengurangkan jumlah dividen tahunan dan menyusutkan jumlah simpanan jangka panjang ahli KWSP.

Wajar cari dana lain untuk bantu rakyat
Dalam erti kata lain, kerajaan menggunakan simpanan pekerja untuk menyuntik dana sekurang-kurangnya RM50 bilion ke dalam ekonomi bagi tempoh 12 bulan akan datang.

“Ia seperti merompak simpanan sendiri berikutan kegagalan kerajaan melindungi rakyat,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Post a Comment

0 Comments