Pelajar maut terjerut baju hujan


SEORANG
murid perempuan tahun empat maut gara-gara terjerut baju hujan yang dipakainya.

Difahamkan, dalam kejadian di Kampung Gong Tanah Merah, Besut kira-kira jam 9.30 pagi Rabu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher setelah baju hujan yang dipakai mangsa tersangkut di bahagian sproket belakang motosikal dinaik bersama ibu saudaranya.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Jeli (1), Kelantan itu maut di tempat kejadian selepas

Sementara itu seorang saksi, Sabri Muda berkata dia cuba membantu menanggalkan baju hujan yang menjerut mangsa namun tidak berjaya.

“Motosikal itu tertindih di atas kepala dia, dan saya pun bergegas ambil pisau dan cuba kerat baju hujan tu tapi tak dapat.

“(Selepas) Saya ambil spanar dan rantai motor baru boleh angkat mayat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan, Abdul Rozak Muhammad mengesahkan kejadian.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

 

Post a Comment

0 Comments