Ikan susu berterabur atas jalan


BERATUS-ratus ikan susu atau dikenali sebagai ikan baulu oleh penduduk Sabah bertabur atas jalan dalam satu kemalangan semalam.

Memetik laporan Utusan Borneo, kejadian itu berlaku setelah dua buah lori bertembung di Kilometer 14 Jalan Silam-Tawau.

Seorang saksi, Sukainah Masaleang yang menyaksikan insiden itu berkata, beliau melihat sebuah lori membawa muatan ikan itu terbalik.

"Saya juga melihat banyak ikan Baulu di atas jalan yang terkeluar dari bahagian muatan lori ikan yang terbalik," katanya menurut laporan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor mengesahkan kejadian itu.

Dalam satu kenyataan, Nasri berkata kemalangan itu berlaku susulan hujan lebat.

"Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan  melibatkan lori dari arah bertentangan. Semasa kejadian cuaca hujan lebat.

"Keadaan itu menyebabkan kedua-duanya terbabas ke kanan arah Lahad Datu," jelasnya ringkas.

Difahamkan, kejadian itu telah menyebabkan kedua-dua pemandu cedera, mangsa kemudianya dihantar ke Hopsital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan.

Post a Comment

0 Comments