Akmal bidas tuduhan pemimpin pro-Azmin



ANGKATAN
Muda KEADILAN (AMK) menafikan wujudnya usaha untuk memihak mana-mana pemimpin dalam parti tersebut seperti didakwa pihak tertentu.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kesemua perkara penting yang diputuskan sayap itu termasuk jemputan mesyuarat adalah melibatkan semua ahli.

“Notis untuk kehadiran perwakilan ini bukanlah untuk kabilah mana-mana tapi pada masa yang sama, saya nasihatkan agar semua hadir pada Kongres Nasional Tahunan AMK 2019 minggu hadapan,” katanya di Johor Bahru.

Akmal yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor baharu berkata begitu sebagai mengulas tohmahan bekas timbalan AMK, Afif Bahardin yang mendakwa AMK memihak satu pihak dalam parti itu.

Kenyataan itu dibuat Afif susulan 'mesyuarat' di Pulau Pinang semalam yang dipercayai ada kaitan dengan keputusan AMK untuk tidak memilih Timbalan Presiden KEADILAN, Mohammed Azmin Ali untuk merasmikan kongres AMK.

Difahamkan, Afif dan Hilman berada dalam kem sama
“Urusan perasmi dah bincang empat kali dalam mesyuarat. Jadi keputusan dah dibuat, jadi tak perlu menjadikannya satu polemik dalaman,” kata Akmal sebagai membidas Afif.

Difahamkan, Afif merupakan salah seorang pemimpin muda dalam parti itu yang dilihat cenderung kepada Azmin.

BACA: AMK Sgor tolak mesyuarat 'kartel'
Selain Afif antara individu yang didakwa sebagai pendokong Azmin dalam parti itu ialah Adun Gombak Setia, Hilman Idham dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari serta beberapa pemimpin lain termasuk ADUN dan Ahli Parlimen terutama di Selangor dan Sarawak.

Semalam, Ketua AMK Pulau Pinang, Fahmi Zainol memberi amaran kepada media bahawa satu mesyuarat yang dipimpin seorang bekas pemimpin AMK di negeri itu bukan mewakili pendirian AMK negeri.

BACA: 
Mesyuarat 'kartel' tak wakili AMK P.Pinang - Fahmi Zainol

Pengarah Komunikasi AMK negeri, Nor Afni Md Yusuff pula menyifatkan mereka yang menghantar notis palsu bagi mengadakan mesyuarat itu tanpa kelulusan Fahmi sebagai pihak tidak bertanggungjawab.

Sebagai rekod, tinjuan di lapangan kini mendapati penyokong dikalangan akar umbi menyifatkan golongan pro kartel sebagai 'api dalam sekam'.

Post a Comment

0 Comments