MAYAT lelaki yang terjun dari atas Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu pagi Isnin lalu telah ditemui malam tadi.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd Farid Ismail dipetik laporan Awani berkata, mayat mangsa ditemui timbul sekitar jam 9.50.
"Mayat mangsa ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah jambatan berkenaan.
"Mayat mangsa masih lengkap berpakaian dan dilihat timbul di kawasan mangsa dilaporkan terjatuh" Kata Mohd Farid seperti dilapor portal tersebut.
BACA: Lelaki dihuatiri lemas lepas terjun jambatan
Terdahulu, mangsa, Bisrafel Bijuri,42, dipercayai terjun dari atas jambatan berkenaan sekitar jam 10 pagi Isnin.
Orang ramai menemui motosikal dinaiki Bisrafel ditinggalkan di atas jambatan berkenaan dan memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Susulan itu, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan.
Bisrafel, seorang jurujual kereta sebelumnya dilapor mengalami masalah kemurungan.
Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab 11 untuk bedah siasat.
0 Comments