Gempa Filipina: 7 maut , tiada rakyat Msia terlibat.


TUJUH
maut dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.6 magnitud melanda selatan Filipina semalam.

Memetik laporan media antarabangsa Reuters, gempa yang berlaku di timur Tulunan, Cotabato Utara, Filipina itu menyebabkan banyak bangunan retak dan mencederakan puluhan penduduk.

Kejadian ini menyebabkan panik dikalangan penduduk yang masih ketakutan susulan insiden gempa bumi berukuran 6.4 magnitud kira-kira minggu lalu, yang mengakibatkan lima mangsa maut.

Saksi memaklumkan AFP, seorang remaja lelaki maut selepas dihempap dinding bangunan sekolah yang runtuh di Magsaysay, ketika cuba menyelamatkan diri.

Manakala seorang kanak-kanak lelaki tujuh tahun dan bapanya, berusia 44 tahun maut selepas dihempap batu besar di wilayah Cotabato utara, kata pegawai bencana.

Dalam kejadian ini juga sekurang-kurangnya 50 penduduk dilapor cedera akibat terkena serpihan runtuhan bangunan, termasuk tujuh murid sekolah dan beberapa guru, yang berjaya menyelamatkan diri selepas bangunan sekolah rendah mereka runtuh.

Difahamkan,  ratusan penduduk hilang tempat tinggal dan mereka masih tinggal di pusat penempatan sementara.

Penduduk tempatan turut mengambil langkah berjaga-jaga kerana menjangka gempa susulan akan menyebabkan lebih banyak kerosakan.

Sementara itu, Wisma Putra tidak menerima sebarang laporan mengenai mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas oleh gempa bumi bermagnitud 6.6 di timur Tulunan, Cotabato Utara, Filipina pagi ini.

Bagaimanapun,  rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City.

Post a Comment

0 Comments