BAJU kardigan milik mendiang penyanyi kumpulan Nirvana, Kurt Cobain dilapor dibida pada harga suku juta dolar atau kira-kira RM1.3 juta.
Memetik laporan media, baju bulu kambing Anggora itu dilelong di New York pada Sabtu.
Laporan itu juga menjelaskan baju tersebut yang sebelum ini dimiliki Garrett Kletjian – seorang pemilik pasukan lumba kereta profesional Forty7 Motorsports berada dalam keadaan lusuh dan tidak dibasuh.
![]() |
Kardigan milik Kurt Cobain yang dilelong |
Pemilik baru baju dikenakan Kurt cobain dala rancangan MTV Unplugged pada tahun 1993, setahun sebelum kematiannya itu bagaimanapun tidak didedahkan.
Sebagai rekod, Kurt Cobain mati akibat bunuh diri pada 1994 ketika berumur 27 tahun.
Turut dilelong gitar Fender Mustang yang diguna Cobain semasa jelajah In Utero – menarik bidaan tertinggi AS$340,000 (RM1.43 juta). Gitar itu dipamer di Rock and Roll Hall of Fame sebelum lelongan kali ini
0 Comments