Laporan: Wanita tuduh Hilman 'rancang' insiden rogol


WANITA yang mendakwa dirogol kenalan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham, membuat tuduhan baharu bahawa wakil rakyat itu “merancang” insiden tersebut.

Tuduhan terbaru itu direkodkan dalam satu laporan polis bertarikh 8 Mei menurut laporan Malaysiakini.

Peguam wanita itu, Asheeq Ali, mengesahkan anak guamnya itu ada membuat laporan kedua itu seperti yang tersebar di media sosial.

Laporan kedua itu  meminta polis mempercepat siasatan ke atas Hilman dan kenalan-kenalannya, termasuk seorang lagi lelaki yang dipercayai pemimpin bahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN).

“Laporan kedua itu asli,' kata Asheeq dipetik laporan itu.

Walau bagaimanpun, beliau menegaskan bahawa pihaknya tidak pasti bagaimana laporan pertama dan kedua itu dibocorkan ke laman sosial.

Dipetik laporan itu lagi, mangsa melalui laporan polis pertama pada Disember lalu mendakwa Hilman menjemputnya ke sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi untuk meraikan ulang tahun kelahirannya.

Sambutan itu diadakan bersama salah seorang kenalan Hilman dan dua rakan wanita lain.
 
Mereka kemudian ke bilik karaoke selepas makan malam sebelum disertai seorang ketua bahagian parti PN.

Mangsa mendakwa mereka kemudiannya mabuk.

Dalam laporan keduanya, mangsa berkata dia dimaklumkan oleh salah seorang rakan perempuan yang turut hadir pada malam kejadian, bahawa makan malam dan sesi karaoke itu dikatakan merupakan satu “set-up” (perancangan) oleh Hilman.

Mangsa kemudian merakam kenyataan dengan pihak polis, kali ini dengan mendakwa Hilman turut terlibat dalam insiden berkenaan.

Sebelum laporan polis membabitkan jenayah rogol ini tular, satu rakaman 'kabur' CCTV menunjukkan seorang lelaki mirip Hilman sedang memapah wanita dikongsikan di media sosial.

Rakaman itu difahamkan diambil daripada luar sebuah bilik Hotel mewah
di Sri Hartamas di mana kejadian rogol itu dikatakan berlaku.

Mangsa dakwa mereka kemudian mabuk
Asheeq mengesahkan bahawa anak guamnya telah mengenal pasti bahawa wanita yang dipapah dalam rakaman video itu ialah dirinya.

Sebagai rekod, Hilman adalah 'orang kuat' merangkap setiausaha politik kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali.

Sehingga kini Hilman masih belum memberi respon kepada media berhubung dakwaan wanita itu

Sementara, Azmin Ali pula sebelum ini dikaitkan dengan satu video kabur yang memaparkan aksi seks songsang sama jenis di sebuah hotel di Sandakan Sabah.

Seorang lelaki, Haziq Abdul Aziz mendakwa beliau adalah individu dalam video itu dan pasangannya dalam video itu adalah Azmin.


 

Post a Comment

0 Comments