KARTUNIS terkenal Zunar menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional telah memulakan “intimidasi” pengkritiknya.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Alhaque berkata begitu dalam forum “Cartoonist: Enemy of the State”.
“Ini mungkin langkah permulaan untuk mendiamkan pengkritik. Saya rasa ini permulaan baharu melakukan intimidasi di bawah kerajaan sekarang,” katanya
Minggu lalu, Zunar di soal siasat kira-kira dua jam di Balai Polis Padang Terap. Ia selepas Zunar menyindir Menteri Besar Kedah berhubung pembatalan cuti Thaipusam negeri itu melalui kartun.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan perkhidmatan rangkaian.
Sementara itu Zunar yang dipetik laporan FMT berkata, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia mempunyai kelemahan apabila bebas mentafsir kesalahan dibawah akta itu mengikut kehendak kerajaan.
“Kerajaan dari dulu mempunyai hak untuk memutuskan sama ada sesuatu itu adalah hasutan atau berita palsu, atau sebaliknya.
“Tiada definisi jelas mengenai apakah sebenarnya hasutan atau berita palsu,” katanya.
Awal tahun ini, Sanusi mengumumkan tiada cuti umum Thaipusam di Kedah tahun ini, yang mencetuskan kemarahan pemimpin politik India selain kumpulan hak asasi yang menyifatkannya tindakan jahil yang mampu menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Zunar yang merupakan anak jati kelahiran Kedah memberi respon kepada pengumuman Sanusi melalui Karikatur yang menggambarkan pemimpin PAS itu dengan sebilah pisau potong daging memotong di tengah-tengah sebuah meja bulat, mengejutkan rakyat pelbagai kaum di sekitarnya.
Perkataan “Tiada cuti Thaipusam” tertera di permukaan pisau itu, dengan keterangan ringkas: “Orang Kedah hidup aman damai sebelum dia ni mai.”
Pada 25 Jan, Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor, Nurul Amin Hamid membuat laporan polis terhadap Zunar kerana kartun yang didakwa berunsur fitnah berhubung tindakan kerajaan negeri membatalkan cuti Thaipusam tahun ini.
Sebagai rekod, Zunar merupakan kartunis dan aktivis yang banyak mengkritik dasar kerajaan yang tidak memihak kepada rakyat.
Selain itu beliau turut melawan penyelewengan, salahguna kuasa dan kezaliman melalui karyanya.
Zunar turut menerima pelbagai anugerah antarabangsa, Beliau merupakan pemenang International Editorial Cartoons Prize bagi tahun 2016 yang disampaikan presiden terhormat Swiss Foundation Cartooning for Peace yang juga bekas Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu Kofi Annan.
Namun pada 2012, Zunar menolak anugerah yang dijadual disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pameran kartun dan animasi 1Malaysia di Pasar Seni.
![]() |
Apa definisi hasutan dan berita palsu k'jaan PN |
Ketika melawan rejim Umno, banyak buku-buku Zunar dirampas, sekatan terhadapnya dikenakan dan pejabatnya diserbu.
0 Comments