RADZI JIDIN dan dua timbalannya digesa tampil bersuara dalam isu membabitkan pelajar sekolah Ain Husniza Saiful Nizam, yang mendedahkan ‘gurauan rogol’ oleh gurunya baru-baru ini.
Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam itu, isu dibangkitkan Ain sebenarnya sudah lama berlaku dan ia perlu ditamatkan.
“Sikap ditunjukkan menteri serta dua timbalannya dalam kes ini akan mengakibatkan ibu bapa lebih sukar mempercayai pihak sekolah.
“Sekolah sepatutnya tempat paling selamat untuk kanak-kanak!” katanya.
Tegas Maszlee lagi, ketiga-tiga 'orang penting' dalam Kementerian Pendididkan itu perlu memainkan peranan lebih proaktif menyelesai masalah berkaitan sekolah atau meletak jawatan secara terhormat sekiranya tidak mampu berbuat demikian.
“Mereka perlu lebih proaktif, jika tidak letak jawatan saja!" tegas Maszlee
Untuk rekod, Radzi dibantu dua timbalannya iaitu Dr Mah Hang Soon dari MCA dan Muslimin Yahaya
Sementara itu, Maszlee juga menggesa kementerian pendidikan melaksanakan memo dikeluarkannya ketika memegang jawatan itu pada Disember 2019, iaitu supaya memecat guru yang didapati bersalah mendera pelajar sama ada secara fizikal atau seksual.
Memo itu turut mengatakan guru yang sedang berdepan siasatan tidak boleh dibenarkan menemui mana-mana pelajar, selain amalan memindahkan guru juga perlu dihentikan segera.
Dalam perkembangan sama, Melaka Action Group for Parents in Education (Magpie) turut mempertikaikan sikap membisu kementerian dalam isu membabitkan Ain.
Pengerusi Magpie, Mak Chee Kin juga memetik laporan bahawa pelajar itu dikenakan amaran kerana tidak hadir ke sekolah, sedangkan guru terlibat dan rakan sekelas yang mengugutnya dengan rogol tidak langsung dikenakan tindakan.
“Apa mesej yang sebenarnya mahu diberikan kepada pelajar? Supaya berdiam diri sekalipun merasakan sesuatu tidak betul? Supaya sekadar menerima saja apa yang diajar di sekolah?
“Kami menggesa tindakan pantas diambil. Kanak-kanak perempuan kita perlu dilindungi dan sekolah mesti menjadi tempat selamat untuk semua,” katanya dalam kenyataan yang doipetik dari laporan FMT.
“Sikap ditunjukkan menteri serta dua timbalannya dalam kes ini akan mengakibatkan ibu bapa lebih sukar mempercayai pihak sekolah.
“Sekolah sepatutnya tempat paling selamat untuk kanak-kanak!” katanya.
Tegas Maszlee lagi, ketiga-tiga 'orang penting' dalam Kementerian Pendididkan itu perlu memainkan peranan lebih proaktif menyelesai masalah berkaitan sekolah atau meletak jawatan secara terhormat sekiranya tidak mampu berbuat demikian.
“Mereka perlu lebih proaktif, jika tidak letak jawatan saja!" tegas Maszlee
Untuk rekod, Radzi dibantu dua timbalannya iaitu Dr Mah Hang Soon dari MCA dan Muslimin Yahaya
Sementara itu, Maszlee juga menggesa kementerian pendidikan melaksanakan memo dikeluarkannya ketika memegang jawatan itu pada Disember 2019, iaitu supaya memecat guru yang didapati bersalah mendera pelajar sama ada secara fizikal atau seksual.
Memo itu turut mengatakan guru yang sedang berdepan siasatan tidak boleh dibenarkan menemui mana-mana pelajar, selain amalan memindahkan guru juga perlu dihentikan segera.
Dalam perkembangan sama, Melaka Action Group for Parents in Education (Magpie) turut mempertikaikan sikap membisu kementerian dalam isu membabitkan Ain.
Pengerusi Magpie, Mak Chee Kin juga memetik laporan bahawa pelajar itu dikenakan amaran kerana tidak hadir ke sekolah, sedangkan guru terlibat dan rakan sekelas yang mengugutnya dengan rogol tidak langsung dikenakan tindakan.
![]() |
Apa mesej yang nak disampaikan kementerian? |

0 Comments