RAKYAT Malaysia telah menjadi mangsa kepada kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikepalai Muhyiddin Yassin, kata seorang pemimpin pembangkang.
Dr Roslan Ahmad yang merupakan Pengerusi parti AMANAH Pulau Pinang berkata, membiarkan kerajaan sedia ada meneruskan kelemahan kepimpinan mereka akan menyebabkan keadaan pandemik Covid-19 tidak mampu diatasi dan rakyat terus berada dalam situasi gundah-gulana tanpa noktah.
Beliau sebelumnya merujuk ketidakcekapan pentadbiran PN menangai pendemik Covid-19 dan pelaksanaan SOP caca marba yang menyusahkan rakyat.
"Tanggungjawab pemerintah adalah untuk memelihara nyawa rakyat. Namun begitu dalam konteks Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terkini, SOP yang kerap berubah-ubah menyusahkan rakyat sehingga menimbulkan kecelaruan yang berterusan," tegasnya.
Tegas Dr Roslan lagi, Penguatkuasaan SOP juga tidak harus berbeza-beza mengikut darjat dan pangkat tidak terkecuali kepada golongan berstatus tinggi termasuk menteri, ahli politik, usahawan, artis maupun personaliti media sosial.
Ia tegasnya harus dilaksanakan secara adil kepada semua pihak termasuk menteri.
![]() |
SOP berubah-ubah susahkan rakyat |
"Kerajaan harus memberi jaminan bahawa tiada amalan dua darjat. Perlaksanaannya haruslah menyeluruh tanpa adanya perbezaan dan perbandingan," tegasnya lagi.