Letak jawatan: Presiden PAS digesa "muhasabah' diri

SIKAP sombong Tuan Presideng PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak penjawat awam yang menurutnya masih menyokong 'kerajaan lama' Pakatan Harapan (HARAPAN)  supaya meletakkan jawatan dibidas Ketua Pemuda Amanah Kelantan.

Hasmi Hassan dipetik berkata, tanggungjawab dan pengorbanan para penjawat awam dalam memastikan sistem perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dilaksana dengan berkesan adalah jauh lebih besar sumbangannya dibanding dengan apa yang dilakukan Ahli Parlimen Marang itu kepada negara ketika ini.

“Hadi sebelum ini bergaduh dengan golongan belia apabila menolak perlaksanaan Undi 18 dan menuduh belia sebagai tidak matang untuk mengundi. Kali ini nampaknya Hadi mahu bergaduh dengan para penjawat awam pula.

"Peranan penjawat awam adalah lebih besar dan penting dibanding dengan Duta bertaraf Menteri ke Timur Tengah yang sehingga kini tidak nampak langsung peranan dan faedahnya kepada rakyat dan negara”, kata Ketua AMANAH Kawasan Pengkalan Chepa itu.

Terdahulu, Hadi dalam hantaran Facebooknya berkata, penjawat awam perlu mengikut arahan kerajaan yang dikuasai parti-parti yang memerintah walaupun mereka tidak menyokong parti yang membentuk kerajaan itu.
 
Walau bagaimanapun sekiranya, penjawat awam tidak selesa dengan kerajaan bukan daripada parti yang disokong mereka, secara moral Hadi berkata mereka boleh meletakkan jawatan.

Kenyataan Hadi yang dianggap menyerang pihak tidak menyokong kerajaan dianggotainya itu disifatkan sebagai keterlaluan sehingga dikritik hebat di media sosial.

Pada masa sama, Hazmi menegaskan bahawa kelemahan dan ketidak mampuan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir negara hari ini bukanlah salah penjawat awam, sebaliknya salah barisan menteri termasuk pemimpin dalam kerajaan Muhyiddin sendiri.

 Penjawat awam lebih banyak berjasa
“Hadi jadi duta bertaraf menteri yang sebelum ini berkata mahu insafkan para pelabur Timur Tengah supaya masuk melabur ke Malaysia, sudah berapa ramai pelabur masuk dan sudah berapa ringgit pelaburan dibuat?

“Belum jadi Perdana Menteri dah sombong suruh penjawat awam letak jawatan, sedangkan para menteri dan ahli Parlimen yang takut bersidang di Parlimen ini yang sepatutnya merasa malu kepada rakyat dan letak jawatan”, tegas aktivis terkenal itu.

Post a Comment

0 Comments