EXEC LHDN lakukan kunjungan hormat ke PMO

PERSATUAN Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri (EXEC) pada Jumaat mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Kunjungan itu diketuai Presiden EXEC, Azmi Khairi Zainin (Presiden),  Mohammad Fazli Lutffi Latiff (Timb. Presiden), Amir Hasrizal Yahaya (Naib. Presiden I),  Nasir Hasan (Setiausaha Agung) dan Azaharuddin  Mohd Ali (Exco) dan disambut Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Menurut satu hantaran di laman Facebook rasmi EXEC, mereka memaklumkan pelbagai isu berkaitan organisasi itu telah dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.

"Pada kesempatan tersebut pelbagai isu bagi kepentingan organisasi telah dibincangkan, juga perancangan kerjasama dua hala masa hadapan bagi mengukuhkan hubungan yang baik bersama PMO.

"EXEC merakamkan berbilion terima kasih kepada Tuan Ahmad Farhan bin Fauzi (Setiausaha Politik PMX) atas kesudian hati menerima kunjungan hormat delegasi EXEC.


Post a Comment

0 Comments