ACARA pembukaan sebuah kelab malam yang menampilkan ‘Thai Hot Guy’ dibatalkan susulan amaran keras pihak polis dan bantahan pelbagai pihak.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu selepas mengadakan pertemuan penganjur dalam pertemuan pada awal petang semalam.
Terdahulu penganjuran acara itu yang dibangkitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat perhatian ramai.
Jabatan Pemahaman Dan Pemantapan Agama (JPPA) Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ashraf Hadi berkata, program tersebut bertentangan dengan norma masyarakat apatah lagi diadakan ketika bulan Ramadan.
“Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama (JPPA) AMK Malaysia mengkritik sekeras-kerasnya penganjuran Thai Hot Guy yang akan diadakan pada 30 Mac 2023 bertempat di Privacy Tun Abdul Razak.
“Penganjuran program ini yang berlangsung di bulan suci Ramadan merupakan satu tindakan yang boleh mengguris sensitiviti masyarakat di negara ini. Biarpun Kerajaan Madani hari ini menjunjung tinggi nilai kebebasan rakyat, ia mestilah dipertauti dengan nilai penghormatan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin memaklumkan semakan dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati premis yang mempromosi aktivviti tidak bermoral itu tidak mempunyai lesen hiburan dan tidak mengemukakan sebarang permohonan lesen hiburan atau permohonan untuk menjalankan aktiviti hiburan.
Kerajaan tak benarkan program tidak bermoral |
Semalam Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika mengulas isu tersebut menegaskan Kerajaan tidak akan sesekali menyokong sebarang penganjuran program lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di dalam negara ini.
0 Comments