ARRC: Azlan Shah takluk litar Sepang


PELUMBA
negara, Azlan Shah Kamaruzaman berjaya memanfaat perlumbaan di tempat sendiri apabila menjuarai Perlumbaan 1 kelas ASB1000 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

Pelumba pasukan ONEXOX TKKR SAG Team itu mencatatkan 23 minit dan 30.254 saat untuk menamatkan perlumbaan 11 pusingan pada Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) sekaligus mengumpul mata berharga buat dirinya.

Azlan meraih kemenangan kedua musim ini
Kemenangan semalam merupakan kemenangan kali kedua Azlan pada musim ini selepas mengungguli Perlumbaan aksi pembuka tirai di gelanggang yang sama pada Mac lalu.
Bermula di grid kedua, Azlan sebelumnya merima tentangan hebat dari pendahulu kejuaraaan, Broc Parkes (Yamaha Team ASEAN) dan Apiwath Wongthananon dari Yamaha Thailand Racing Team.

“Sasaran saya adalah untuk memastikan kemenangan menjadi milik kami,saya telah bekerja keras untuk merealisasikan impian besar ini.

"Saya juga menanam tekad untuk melakukan penyudah podium memandangkan SIC memang kegemaran saya. katanya dalam satu kenyataan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada perlumbaan semalam, tempat kedua menjadi milik Thitipong Warokom dari pasukan Kawasaki Thailand Racing Team (23:31.641s) manakala rakan senegaranya, Apiwath Wongthananon meraih tempat ketiga (23:31.806s).

Azlan melonjak naik ke tempat kedua keseluruhan
Broc Parkes sekadar berada di tempat keempat dengan masa 23:37.187s.

Manakala pelumba negara mewakili Honda Asia Dream Racing with SHOWA, Md Zaqhwan Zaidi yang menjadi pesaing terdekat Broc terjatuh pada lap kedua sekaligus meremuk impiannya untuk muncu juara pada kejuaraan tahun ini.

BACA:
Pelumba negara intai peluang juarai ARRC

Keputusan perlumbaan semalam menyaksikan Broc kekal di tempat teratas kejuaraan dengan 201 mata, manakala Azlan mengambil alih tempat kedua daripada Zaqhwan (153) dengan mengumpul 168 mata.

Pusingan terakhir ARRC 2019 akan berlangsung di Litar Buriram, Thailand pada November nanti.

Post a Comment

0 Comments