Lelaki maut kereta terjun gaung


SEORANG
peniaga maut apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelym terbabas ke dalam gaung.

Dalam kemalangan di Kilometer 1, Jalan Gua Musang - Kuala Krai semalam, mangsa dikenali sebagai Mohd Fadlisyam Ibrahim, 33, dilapor meninggal ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Keadaan kereta dipandu Fadlisyam
Fadlisyam  yang berasal dari Kampung Pasir Hor, Kota Bharu dilapor mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Gua Musang, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kenderaan jenis Honda Jazz dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai bersama seorang lagi rakannya dikenali sebagai Mohd Shafiq Mohd Soffe, 30.

"Setiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal keretanya sebelum menjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di sebelah kanan jalan.

"Mangsa yang tersepit terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang," jelasnya.

Sementara itu, rakan mangsa hanya mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan kiri diberi rawatan di hospital sama dan dilaporkan stabil.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
 

Post a Comment

0 Comments