PENYANYI Shazroul Fazlie, dilapor kini sedang berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Memetik laporan Berita Harian, Shazroul, bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim keempat mengalami jangkitan kuman pada usus.
![]() |
Shazroul telah menjalani dua pembedahan |
“Anak saya dalam keadaan kritikal, sudah melalui dua pembedahan. Doktor turut melakukan pemotongan usus yang bocor sepanjang kira-kira 90 sentimeter.
“Doktor memaklumkan, kaedah rawatan dilakukan cukup berisiko dan berharap, badannya kuat untuk melalui proses pembedahan ini dari masa ke semasa.
"Saya berharap semua mendoakan yang terbaik untuk anak saya,” katanya dipetik.
Menurut Noraini, berat badan Shazroul juga menyaksikan penurunan secara drastik, daripada 61 kilogram (kg) kepada 45 kg.
Perkhabaran mengenai Shazroul sebelum ini turut dikongsi beberapa temannya, termasuk rakan seperjuangan dalam program terbabit, Natasha Nordin.
Shazroul pernah menghasilkan album berjudul Cuma, selain berduet dengan Adzrin Azhar menerusi lagu Pencuri Hati.
0 Comments