Marquez raja Aragon, selangkah lagi ke gelaran juara dunia


PELUMBA handalan Marc Marquez semakin hampir memastikan kejuaraan MotoGP musim ini menjadi miliknya.

Dalam perlumbaan di litar Aragon Motorland semalam, Marquez yang menunggang jentera Repsol Honda sekali lagi mencatat kemenangan dominan apabila gagal dicabar mana-mana pelumba lain.

Marquez hampir pasti menjadi juara musim 2019
Jaguh kelahiran Sepanyol itu memulakan perlumbaan grand prix ke-200 di petak pertama sebelum memacu laju meinggalkan pelumba-pelumba lain yang sekadar bersaing di kelompok kedua perlumbaan.

Marquez menamatkan perlumbaan tersebut sekaligus kemenangan kelapannya musim ini hampir 5 saat dihadapan pencabar terdekatnya Andrea Dovizioso yang menunggang jentera Ducati di posisi ke dua.

Pelumba Australia, Jack Miller yang menunggang untuk DUcati Paramac menamatkan perlumbaan di tempat ke tiga.

Sementara itu, pelumba yang sedang meningkat naik, Fabio Quartararo yang menunggang bagi pasukan Petronas Yamaha-SRT hanya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 dibelakang pelumba Yamaha, Maverick Vinales.

Velentino Rossi (Yamaha), Alex Rins (Suzuki) dan pelumba negara, Hafizh Syahrin (Tech 3 KTM) masing-masing sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ke 8, 9 dan 21.

Susulan keputusan di Aragon itu, Marquez kini mendahuli kejuaran dengan 300 mata dengan kelebihan 98 mata berbanding Dovizioso.

Perlumbaan di Thailand 6 Oktober ini merupakan peluang pertama bagi Marquez merangkul gelaran keenam dalam kejuaraan MotoGP sepanjang kariernya.

Post a Comment

0 Comments