PENYANYI yang popular dengan lagu Amalina, Satesh Kumar tersingkir dari pentas Big Stage 2019 pada konsert keenam yang berlangsung malam tadi.
Disifatkan sebagai salah seorang peserta pilihan, penyingkiran Santesh dalam konsert suku akhir ini mengejutkan peminat.
Pada awal persembahan malam tadi, Santesh sebenarnya berada pada kedudukan di tangga ke-3 keseluruhan dengan 77.83 peratus undian dibawah Neeta yang mendapat 81.67 peratus dan penyanyi dari Korea, Han Byul (82.00 peratus).
![]() |
Santesh berada di kedudukan tiga terbawah |
Dalam episod penyingkiran itu, Dinda Permata menerima imuniti 'unlock' daripada juri jemputan dari Indonesia Judika.
Santesh sementara itu mengucapkan penghargaan kepada semua peminat yang telah menyokongnya sehingga membolehkan dia berada hingga ke konsert ke-6 Big Stage.
"Terima kasih sebab 'support' sampai sekarang, okaylah sampai di sini sahaja. Dan tunggu single baru saya yang akan 'release" katanya.
Pada persembahan minggu ni, santesh menyampaikan lagu 'Jikalau Kau Cinta' penyanyi Indonesia Judika serta berduet bersama Dinda Permata menyampaikan Lagu Untukmu.
Susulan penyingkiran itu, hanya tujuh peserta antaranya bakal berentap pada konsert ketujuh minggu hadapan dengan temanya Cover Road to Final