Mantan Ketua Pengarah BPR tutup usia [Update]


MANTAN Ketua Suruhanjaya Pencegarah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said bin Hamdan dilapor telah meninggal dunia.

Berita tersebut dikongsikan Datin Hoor Hasline Abdullah, isteri kepada Pegawai penyiasatan kertas siasatan kes SRC International (SRC) Sdn Bhd, Datuk Bahri Mohd Zin melalui perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia di rumah anaknya di Rawang,  malam tadi kerana komplikasi jantung dan strok sejak enam bulan lalu.



Timbalan Ketua Pengarah (Pencegahan) SPRM, Shamsun Baharin  Mohd Jamil dipetik berkata, jenazah akan disolatkan dan dikebumi di tanah perkuburan Kota Damansara selepas Zohor.


"Minggu lalu doktor di IJN beri kebenaran kepada Allahyarham untuk pulang ke rumah anaknya di Rawang.

"Didoakan supaya roh arwah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang soleh," katanya lagi.

Perkongsian Datin Noor Haslina pagi tadi
Sebagai rekod, Ahmad Said memohon bersara awal dari perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2009.


Permohonan Ahmad Said itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan digantikan dengan Tan Sri Abu Kassim Mohammed.
Perkhidmatannya sepatutnya tamat pada 25 Mei 2010 dipendekkan kepada 31 Disember 2009.
Terdapat desas-desus ketika itu persaraan awalnya dikaitkan dengan tekanan politik, namun khabar angin tersebut dinafikan.

Ahmad Said berasal dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Datuk Seri berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam bidang kriminologi dari Indiana State University, Amerika Syarikat.

Di bawah kepimpinan beliau, Badan Pencegah Rasuah ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2007 dan beliau menjadi ketua SPRM yang pertama.

Post a Comment

0 Comments