TINDAKAN polis menghalang ratusan peguam yang menyertai perarakan “Walk for Judicial Independence” dari Padang Merbok ke Parlimen semalam dikritik Majlis Peguam.
Presidennya Karen Cheah dipetik laporan berkata, mereka telah mengikut segala prosedur yang sewajarnya dan menyerahkan dokumen diperlukan sebelum mengadakan perhimpunan itu.
Polis tegasnya tidak ada alasan munasabah untuk menghalang mereka dari meneruskan perarakan yang drancang.
“Polis gagal menunaikan tanggungjawab mereka bagi memudahkan hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ini merupakan satu bentuk penyalahgunaan kuasa kerana mereka bukan sahaja tidak memudahkan perarakan kami, malah cuba sedaya upaya untuk menakut-nakutkan kami,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan.
Perarakan itu dianjurkan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap ketidakpercayaan berhubung sistem kehakiman negara, khususnya siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd Gazali.
peserta cuba meneruskan perarakan tetapi segala laluan utama tempat letak kereta Padang Merbok dihalang polis.
Majlis Peguam mengadakan rundingan dengan pasukan polis tetapi rundingan tersebut tidak membawa sebarang hasil sedangkan pihak berkuasa hanya mahu membenarkan 20 orang peguam yang berarak ke bangunan Parlimen, yang ditolak oleh badan tersebut.
Cheah berkata, Majlis Peguam akan melakukan pertimbangan sama ada mengambil tindakan terhadap polis yang melanggar kewajipan berkanun yang tertakluk bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
![]() |
Majlis Peguam mahu ambil tindakan |
“Kami selaku Majlis Peguam, tidak ‘takut’ untuk mengambil tindakan jika ada keperluan. Kami pasti akan membawa isu ini ke mahkamah” katanya.
0 Comments