Mengapa Ismail tak dilihat tak serius lawan rasuah, soal veteran politik

 

VETERAN politik negara, Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa 15 individu yang memegang jawatan menteri atau timbalan menteri dalam kerajaan belum mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.

Bekas Pengerusi DAP itu melalui laporan portal FMT berkata, pengisytiharan itu tidak dikemuka mereka walaupun sembilan bulan sudah berlalu sejak mereka memegang jawatan.

Mereka termasuk enam individu yang diberikan jawatan bertaraf menteri seperti penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada perdana menteri, duta khas perdana menteri serta Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Muhyiddin Yassin.
 
Selain itu dua menteri dan tujuh timbalan menteri dakwanya belum mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.

“Lebih buruk lagi, Kabinet Ismail Sabri tidak menunjukkan tauladan akauntabiliti, ketelusan dan integriti awam,” katanya.

Sebagai rekod individu dilantik ke jawatan setaraf menteri adalah  Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman (Penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada perdana menter) Preside PAS yang juga Ahli Parlimen Marang yang dilantik sebagai duta khas perdana menteri ke Timur Tengah, Tiong King Sing (China), Richard Riot (Asia Timur) dan SA Vigneswaran (Asia Selatan).

Sementara itu dalam kenyataan sama Kit Siang mempersoalkan mengapa Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dilihat tidak menggalas pimpinan dalam perang melawan rasuah sedangkan Yang di-Pertuan Agong menggesa semua pihak berbuat demikian.

Indek persepsi rasuah negara makin membimbangkan
Naib Presiden Umno itu katanya dilihat tidak menunjukkan kerunsingan terhadap prestasi negara dalam Indeks Persepsi Rasuah dan menjangkakan negara berkemungkinan besar mencatatkan kedudukan dan markah terburuk tahun depan.

“Saya telah cadangkan supaya Parlimen memulakan satu kempen anti-rasuah baharu dalam sidang Parlimen yang akan datang bermula 18 Julai. Adakah Ismail Sabri bersetuju dengan cadangan ini?” soalnya.

Post a Comment

0 Comments