SEORANG pemimpin pembangkang menyifatkan pengumuman perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa semua pengangkutan awam kendalian RapidKL akan ditawarkan secara percuma selama sebulan bersifat tidak adil.
Sambil mempersoalkan apakah pengumuman itu sebenarnya bertujuan menutup isu ketidakcekapan perkhidmatan monorel di Kuala Lumpur, Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Ewon Benedick mempersoalkan langkah memberi perutukan RM155 juta bagi membiayai program itu sedangkan Sabah tidak mendapat peruntukan serupa untuk pembangunan selain bagi kerja-kerja membaik pulih insfrastruktur terutama jalan di seluruh negeri itu.
“Pada hemat saya, perdana menteri cuba menutup isu ketidakcekapan perkhidmatan monorel di Kuala Lumpur dengan memberikan tambang percuma sebulan kepada pengguna.
“Jika sebabnya adalah untuk meringankan beban kos, ya, tetapi apakah beban kos akan menurun selepas satu bulan.
“Persoalan paling besar ialah apa untuk Sabah? Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar Radin selaku menteri kerja raya menyatakan Sabah memerlukan peruntukan RM265 juta untuk membaik pulih jalan di seluruh negeri, perdana menteri tidak pula pantas menangani keperluan Sabah ini,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu beliau menegaskan bahawa pengumuman tambang percuma selama sebulan yang bakal dinikmati penduduk Lembah Klang itu jelas menunjukkan keutamaan kerajaan persekutuan bukan kepada keperluan mendesak rakyat Sabah walaupun ia sudah diangkat oleh kerajaan negeri.
“Sebelum ini, rakyat Sabah diberitahu jika kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan itu senada, maka kemajuan di Sabah akan lebih mudah dilaksanakan.
“Hakikatnya tidak, perdana menteri sebelum ini, Muhyiddin Yassin tidak mengambil tindakan drastik membaiki sistem kesihatan awam di Sabah sepanjang tempoh pandemik Covid-19 sebaliknya Sabah adalah yang terkebelakang dalam program vaksinasi rakyat.
“Perdana menteri yang ada hari ini juga gagal menjadikan keperluan rakyat Sabah seperti pembaikan jalan-jalan di seluruh negeri sebagai keutamaan,” katanya dipetik.
Sambil mempersoalkan apakah pengumuman itu sebenarnya bertujuan menutup isu ketidakcekapan perkhidmatan monorel di Kuala Lumpur, Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, Ewon Benedick mempersoalkan langkah memberi perutukan RM155 juta bagi membiayai program itu sedangkan Sabah tidak mendapat peruntukan serupa untuk pembangunan selain bagi kerja-kerja membaik pulih insfrastruktur terutama jalan di seluruh negeri itu.
“Pada hemat saya, perdana menteri cuba menutup isu ketidakcekapan perkhidmatan monorel di Kuala Lumpur dengan memberikan tambang percuma sebulan kepada pengguna.
“Jika sebabnya adalah untuk meringankan beban kos, ya, tetapi apakah beban kos akan menurun selepas satu bulan.
“Persoalan paling besar ialah apa untuk Sabah? Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar Radin selaku menteri kerja raya menyatakan Sabah memerlukan peruntukan RM265 juta untuk membaik pulih jalan di seluruh negeri, perdana menteri tidak pula pantas menangani keperluan Sabah ini,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu beliau menegaskan bahawa pengumuman tambang percuma selama sebulan yang bakal dinikmati penduduk Lembah Klang itu jelas menunjukkan keutamaan kerajaan persekutuan bukan kepada keperluan mendesak rakyat Sabah walaupun ia sudah diangkat oleh kerajaan negeri.
“Sebelum ini, rakyat Sabah diberitahu jika kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan itu senada, maka kemajuan di Sabah akan lebih mudah dilaksanakan.
![]() |
Ismail didakwa gagal penuhi keperluan Sabah |

0 Comments