PRESIDEN parti KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pasukan pakar digital mempercepat siasatan audit forensik pemilihan parti itu.
Menyentuh isu itu di laman Facebooknya, Anwar berkata pertikaian dibangkitkan beberapa pihak berhubung keputusan tidak rasmi pemilihan itu, beliau menegaskan ia tidak sepatutnya dibiar berlarutan.
“Kalau bicara soal ketelusan, soal integriti kita jangan belajar daripada penipuan lain-lain parti yang tidak berani bila sebut tentang audit forensik…mereka takut. (Tetapi), kita tidak.
“Kalau ada (kesalahan), itu soalan. Kena teliti. Cuma kita minta mereka percepatkan supaya jangan berlarutan,” katanya.
Ketua pembangkang itu turut menegaskan bahawa isu tersebut penting untuk diselesaikan agar fokus utama parti itu untuk menyiapkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya dapat diatur.
Terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa pada 10 Jun dilaporkan berkata, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk memuktamadkan keputusan pemilihan parti sebelum dibentangkan pada Kongres Nasional parti itu.
Susulan itu, KEADILAN menangguhkan Kongres Nasional yang dijadualkan pada 24 dan 25 Jun ini kepada 15 hingga 17 Julai depan.
Pejabat Setiausaha Agung difahamkan memerlukan keputusan pemilihan rasmi bagi membolehkannya mengedarkan surat jemputan untuk menghadiri Kongres Nasional.
![]() |
KEADILAN siasat aduan-aduan dikemuka |
Tambahnya, ketelusan dalam parti itu perlu dipertahankan dan ini membezakan parti itu dengan parti-parti lain apabila disebut mengenai audit forensik.
0 Comments