BIRO Undang-undang Parti AMANAH (KANUN) menyeru semua peguam khasnya peguam KANUN untuk sertai perhimpunan aman bertemakan ‘Walk For Judicial Independence’ (‘Berjalan Untuk Kebebasan Kehakiman) yang dijadualkan akan diadakan di Padang Merbok, Kuala Lumpur jam 10 pagi ini.
Pengerusi KANUN, Dr Zulqarnain Lukman berkata, perhimpunan pagi ini amat mustahak kerana ada pihak tertentu secara halus telah cuba mencemarkan nama baik institusi kehakiman dengan menyebarkan berita kononnya Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali adalah seorang yang korup dan telah turut menerima wang daripada dana 1MDB.
“Berita hantu ini pertama kali telah disebarkan oleh satu blog hantu iaitu Blog Raja Petra Kamaruddin dan dengan pantas sekali SPRM telah membuka kertas siasatan.
“Tidak dinafikan bahawa SPRM mempunyai kuasa menyiasat hal berkaitan rasuah tetapi cara SPRM menyiasat dan membuat kenyataan terbuka berkaitan hal itu adalah satu perkara di luar norma kebiasaan sedangkan SPRM boleh menggunakan sumber dalaman untuk membuat siasatan sama ada benar atau tidak berlaku transaksi sedemikian dalam akaun Hakim Nazlan,” katanya.
Sebagai rekod, Mohd Nazlan merupakan hakim yang mensabitkan bekas perdana menteri, Najib Razak terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Najib yang merupakan bekas Presiden UMNO itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta
Sementara itu tegas Zulqarnain, pihaknya menyokong inisiaitif Majlis Peguam yang menganjurkan perhimpunan aman ini dan menaruh keyakinan yang tinggi kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat supaya teguh mempertahankan institusi ini daripada diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“KANUN percaya bahawa rancangan untuk merendah-rendahkan badan kehakiman ini telah dibuat secara halus dan tersusun oleh tangan-tangan ghaib dan hal ini perlu dicegah supaya maruah badan kehakiman tetap terpelihara. Kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman adalah penting kerana badan kehakiman adalah pihak ketiga yang menjaga kepentingan antara pihak eksekutif dan rakyat,” katanya.
Tambahnya, sekiranya rakyat terpengaruh dengan dakyah bahawa badan kehakiman ini boleh dibeli dengan wang ringgit maka Malaysia akan menghadapi krisis keyakinan masyarakat global.
Penghujung April lalu, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata kritikan terhadap badan kehakiman telah melampaui batas.
Ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap Mohd Nazlan berikutan catatan dari blog politik yang mendakwa dia mempunyai kekayaan yang tidak dapat dijelaskan.

![]() |
Nama baik institusi kehakiman perlu dipertahan |

0 Comments