PEMIMPIN dan rakyat di dalam negara diingatkan supaya tidak mengambil ringan kepentingan untuk memiliki sistem kehakiman yang bebas untuk negara demokrasi.
Presiden KEADILAN menerusi hantaran di Facebooknya, memetik titah Sultan Perak ke-34, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang juga merupakan bekas Ketua Hakim Negara berkenaan kepentingan kebebasan badan kehakiman.
“Sultan Azlan Shah dengan bijak menyatakan, ‘Kewujudan mahkamah dan hakim dalam setiap masyarakat yang diperintah tidak membuktikan apa-apa: kualiti mereka, kebebasan mereka, dan kuasa mereka yang penting...’"
“Sultan Azlan Shah seterusnya bertitah bahawa peraturan yang melindungi kebebasan kehakiman ‘direka untuk menjamin bahawa mereka akan bebas daripada tekanan luar dan bebas daripada semua pihak berkuasa kecuali undang-undang.
“Oleh itu, mereka adalah penting untuk memelihara kedaulatan undang-undang,” tulis Ketua Pembangkang itu pada Jumaat.
Tambah Anwar lagi, pemimpin di dalam negara termasuk rakyat memiliki tanggungjawab untuk mengukuhkan institusi kehakiman agar ia dapat memenuhi peranannya sebagai tunjang demokrasi.
“Sejak dahulu lagi, kuasa cuba melemahkan institusi demokrasi Malaysia untuk mencapai keuntungan demi kepentingan diri mereka dengan mengorbankan rakyat.
“Oleh itu, kita rakyat Malaysia harus terus berwaspada dalam mempertahankan institusi yang melindungi hak kita melalui cara yang diberikan melalui Perlembagaan daripada kuasa undi kita di peti undi dengan menggunakan hak kebebasan bersuara dijamin Perlembagaan,” kata Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Haraan (HARAPAN).
Sementara itu dipetik laporan Sinar, Anwar memuji penganjuran Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman oleh Majlis Peguam semalam.
![]() |
Jangan biar institusi Kehakiman dilemahkan |
“Ini adalah petanda positif bahawa demokrasi kita adalah kerja yang sentiasa berkembang dalam kemajuan yang diperkukuh oleh warganegara yang sangat mengambil berat tentang memelihara semangat demokrasi kita dan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.
0 Comments